TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN BAGI PAKEJ UMRAH BERKAITAN COVID-19

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN PAKEJ UMRAH (VISA UMRAH & ZIARAH)

MURSYID ALHARAMAIN TRAVEL & TOURS SDN BHD (MATTSB)


TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN BAGI PAKEJ UMRAH BERKAITAN COVID-19

 

1)         Terma dan syarat yang dinyatakan di sini adalah selaras dengan prosedur dan kaedah mengerjakan ibadah umrah yang dilaksanakan dan dikuatkuasakan terhadap semua jemaah umrah oleh kerajaan Arab Saudi berikutan dengan pandemik Covid-19. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan oleh kerajaan Arab Saudi dari masa ke semasa.

 

2)         Terma dan syarat yang dinyatakan di sini juga adalah selaras dengan Prosedur Operasi  Standard - Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Perjalanan Mengerjakan Umrah (“SOP”) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (“MOTAC”). SEKIRANYA WUJUD PERBEZAAN mana-mana SOP / garis panduan / peraturan berkaitan kebenaran untuk jemaah berlepas ke Arab Saudi antara MOTAC dan kerajaan Arab Saudi, SOP / garis panduan / peraturan oleh MOTAC adalah terpakai.

 

3)       Terma dan syarat yang dinyatakan adalah terma dan syarat tambahan selain dari terma dan syarat sedia ada di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 berikutan dengan Prosedur Operasi Standard oleh pihak MOTAC dan Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”).

 

 4)        HAD UMUR

            4.1)      Had umur jemaah yang dibenarkan adalah berumur 18 tahun ke atas bagi VISA UMRAH.

            4.2)      Tidak ada syarat umur minima bagi jemaah yang memilih VISA ZIARAH

          4.3)  Menggunakan VISA ZIARAH, kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah dibenarkan menunaikan umrah tanpa vaksin dengan syarat ditemani ahli keluarga yang lengkap vaksinasi dan dos penggalak dan tertakluk kepada kelulusan visa oleh kerajaan Arab Saudi. Lain-lain klausa adalah terpakai dan di bawah tanggungjawab penjaga dan/atau mahram.

 

5)         VAKSIN

5.1)      Jemaah mestilah telah lengkap vaksinasi dan dos penggalak bagi 18 tahun dan ke atas.

5.3)     Jemaah hendaklah mematuhi semua syarat yang tertera ketika membuat pendaftaran pakej umrah secara atas talian di laman web MATTSB. Apa-apa ketidakpatuhan oleh jemaah termasuk kegagalan mengemukakan Sijil Lengkap Vaksin hingga menyebabkan MATTSB terpaksa membatalkan atau pembatalan oleh jemaah akan dikenakan Caj Pembatalan mengikut Terma & Syarat yang dinyatakan.

5.4)     Sijil Vaksin yang bercetak dari MySejahtera hendaklah dikemukakan kepada MATTSB bagi tujuan pendaftaran pakej umrah.

5.5)     Jemaah yang telah menerima lengkap dua (2) dos vaksin Sinovac perlu mengambil satu (1) dos penggalak daripada Pfizer, Moderna, Johnson atau Astra Zeneca.

           

6)         KEWAJIPAN MEMBUAT RT- PCR TEST COVID-19

RT - PCR Test Covid-19 hendaklah dibuat sebanyak satu (1) kali oleh setiap Jemaah seperti klausa 6.2.1 :-

 

(6.1)     PCR TEST COVID-19 SEBELUM TARIKH PENERBANGAN DARI MALAYSIA

6.1.1)  Jemaah tidak dikehendaki untuk membuat ujian saringan PCR COVID-19 sebelum tarikh penerbangan dari Malaysia.

6.1.2)   Namun Jemaah hendaklah memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi My Sejahtera dan mengemaskini status COVID-19 sebelum berangkat.

6.1.3)  Sekiranya status COVID-19 pada MySejahtera didapati positif sebelum menaiki penerbangan ke Arab Saudi, perkara – perkara berikut adalah terpakai dan terlaksana:-

            1)         Jemaah tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan tersebut.

            2)         Harga Pakej: Wang Harga pakej umrah setiap jemaah berkaitan :-

a)         Kos Hangus  :-

i)          Bayaran bagi penginapan hotel di Mekah dan Madinah beserta kos pengangkutan di Arab Saudi adalah kos hangus dan tidak akan dikembalikan oleh pihak Muassasah, pembekal dan MATTSB.

ii)         Caj perkhidmatan MATTSB akan dikenakan kepada jemaah dan akan diambil dari harga pakej yang dibayar

iii)        Klausa 6.1.3 (2) (a) (i) dan (ii) di atas juga adalah terpakai sekiranya pembatalan pakej umrah dibuat oleh jemaah atas apa jua sebab setelah pembayaran dibuat oleh MATTSB kepada pihak berkaitan Arab Saudi; dan

iv)        Klausa 6.1.3 (2) (a) (i) di atas adalah terpakai sekiranya penundaan tarikh pakej umrah dibuat oleh jemaah atas apa jua sebab setelah pembayaran dibuat oleh MATTSB kepada pihak berkaitan Arab Saudi

                       

b)         Pemulangan Bayaran Tiket Penerbangan (dua hala) dan Penundaan Tarikh :-  

i)          Pemulangan wang harga tiket penerbangan dua hala adalah tertakluk kepada keputusan mutlak syarikat penerbangan;

ii)         Jemaah boleh menunda tarikh penerbangan bagi pakej umrah tertakluk kepada bayaran tambahan bagi tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan di Klausa 6.1.3 (2) (a).

 

6.1.4)   Lain-lain sebab pembatalan atau penundaan

Bagi tujuan maksud pembatalan pakej umrah atau penundaan tarikh pakej umrah atas apa jua sebab di Klausa 6.1.3 (2) (a) (iii) dan (iv), serta pemakaian sub - klausa (b) di atas, adalah termasuk dan tidak terhad kepada sakit, dan/atau jemaah disahkan kontak rapat dengan pesakit yang positif Covid-19 dan jemaah diarahkan untuk dikuarantin dan/atau kematian ahli keluarga.

                                                                       

(6.2)     PCR TEST COVID-19 SEBELUM PENERBANGAN BALIK KE MALAYSIA

6.2.1)   Kewajipan saringan PCR COVID19 ini adalah tertakluk kepada:

1) Tidak wajib bagi Jemaah yang telah mempunyai vaksinasi lengkap.

2) Jemaah berumur 13 tahun dan ke atas tanpa vaksin lengkap hendaklah membuat PCR Test Covid-19 di Arab Saudi dalam tempoh Dua Puluh Empat (24) jam sebelum tarikh dan waktu penerbangan balik ke Malaysia iaitu dalam tempoh Empat Puluh Lapan (48) jam dari waktu penerbangan ke KLIA  dengan keputusan  negatif.

6.2.2)   Sekiranya keputusan PCR Test Jemaah didapati positif sebelum menaiki penerbangan balik ke Malaysia, perkara – perkara berikut adalah terpakai dan terlaksana:-

            1)         Jemaah tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan tersebut.

2)         Jemaah akan menerima rawatan dan/atau dikuarantin mengikut prosedur kerajaan Arab Saudi dan tempoh masa yang ditetapkan oleh KKM di mana segala kos adalah secara PAY & CLAIM dan jemaah hendaklah membuat tuntutan kepada pihak Insurans di Saudi melalui resit persendirian dan TERTAKLUK kepada terma dan syarat Polisi Insuran tersebut seperti berikut:-

a)         Insuran Covid-19 tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh ketibaan jemaah di Arab Saudi seperti yang didaftarkan di dalam Saudi Arabia Ministry of Foreign Affairs - MOFA’s Visa Issuance System (“Enjaz”)

b)         Kos Perubatan yang ditanggung adalah sehingga maksimum SAR 650,000 sahaja

c)         Kos Kuarantin adalah sebanyak SAR 450 satu (1) hari sehingga tempoh maksima Empat Belas (14) hari

i) Tempat Kuarantin adalah tertakluk kepada arahan pihak berkuasa Arab Saudi sama ada di suatu premis khusus atau di bilik hotel yang ditentukan

ii) Kemudahan dan penyediaan makan dan minum jemaah sepanjang tempoh Kuarantin dan kos berkaitan adalah bergantung kepada polisi Insuran dan keputusan pihak yang menguruskan tempat di mana jemaah dikuarantin sama ada percuma atau berbayar. Sekiranya ada kos yang tidak termasuk dalam manfaat Insuran, kos tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh jemaah.

d)         Kos Pemindahan Perubatan adalah berdasarkan Kos Sebenar yang dikenakan.

e)         Kos Urusan Penghantaran Pulang Jenazah Jemaah ke Malaysia adalah berdasarkan Kos Sebenar yang dikenakan.

6.2.3)   Kanak-kanak berumur 12 tahun (mengikut tahun kelahiran) dan ke bawah dikecualikan daripada ujian pra-pelepasan pengesanan COVID-19.


 

6.3)      PERLINDUNGAN INSURAN COVID-19

6.3.1) Semua jemaah dinasihatkan mengambil insuran perlindungan tambahan persendirian untuk Covid-19.

6.3.2)   Segala tuntutan insuran khususnya di Klausa 6.2.2 di atas kepada pihak insuran berkaitan adalah tanggungjawab persendirian jemaah terbabit. MATTSB tidak menjamin jemaah akan mendapat pemulangan tuntutan kos yang dibelanjakan.

6.4)      Bagi maksud kos di Klausa 6.2.2 (2) di atas, Covid-19 PCR Test adalah tidak termasuk di dalam kos tersebut.

 

7)         KELEWATAN / PERTUKARAN JADUAL PENERBANGAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN

7.1)      MATTSB tidak bertanggungjawab atas apa-apa kelewatan dan/atau pertukaran jadual waktu penerbangan jemaah disebabkan oleh syarikat penerbangan tersebut atas apa jua sebab.

7.2)      Sekiranya kelewatan dan/atau pertukaran jadual waktu penerbangan tersebut menyebabkan keputusan PCR Test Covid-19 jemaah akan melebihi tempoh Empat Puluh Lapan (48) jam yang disyaratkan oleh kerajaan Malaysia seperti di Klausa 6.2.1 (2) di atas, MAKA jemaah hendaklah membuat ulangan PCR Test Covid-19 dengan kos ditanggung sendiri.

7.3)      Sekiranya kelewatan dan/atau pertukaran jadual waktu penerbangan tersebut menyebabkan pakej umrah jemaah dibatalkan oleh kerajaan Arab Saudi,

7.3.1)   Bayaran bagi penginapan hotel di Mekah dan Madinah beserta kos pengangkutan adalah menjadi kos hangus dan tidak akan dikembalikan oleh pihak Muassasah dan MATTSB

7.3.2)    Caj perkhidmatan MATTSB akan dikenakan kepada jemaah dan akan diambil dari harga pakej yang dibayar; dan

7.3.3)   Pengembalian wang harga tiket penerbangan dua hala adalah tertakluk kepada keputusan mutlak syarikat penerbangan TANPA sebarang gantirugi oleh syarikat penerbangan.

 

8)         PENGGUNAAN APLIKASI PINTAR TAWAKKALNA DAN I’TAMARNA DI ARAB SAUDI

Bagi tujuan mematuhi prosedur dan pelaksanaan ibadah umrah di Arab Saudi, setiap jemaah hendaklah :- 

8.1)      Membeli simkad berasingan di Arab Saudi

8.2)      Memuat turun aplikasi TAWAKKALNA dan / atau I’TAMARNA seperti diarahkan oleh Mutawwif yang bertugas di dalam telefon bimbit masing-masing selaras dengan prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk memantau kesihatan, pergerakan jemaah, dan tempahan Permit Ibadah Umrah, Ziarah Raudhah dan solat di Masjidil Haram.

 

9)         JADUAL MELAKUKAN IBADAH UMRAH

9.1)      Setiap jemaah dibenarkan membuat ibadah umrah setiap hari TERTAKLUK kepada Kebenaran permohonan permit umrah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

9.2)      Tempahan slot bagi setiap jemaah akan diuruskan dan dibantu oleh pihak MATTSB TERTAKLUK kepada keputusan muktamad oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

9.3)      MATTSB tidak menjamin jemaah yang hadir secara berkumpulan atau sekeluarga akan mendapat tarikh dan waktu slot yang sama.

9.4)      Pelaksanaan ibadah umrah oleh jemaah akan diiringi oleh mutawwif MATTSB TERTAKLUK kepada prosedur dan perubahan semasa yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

 

10)       RTK-AG TEST COVID-19 DAN LAIN-LAIN KEWAJIPAN SEMASA DI ARAB SAUDI

KEWAJIPAN jemaah sepanjang berada di Arab Saudi adalah seperti berikut:-

10.1)    Jemaah DIWAJIBKAN membawa bekalan RTK-Ag kendiri yang mencukupi untuk digunakan sepanjang berada di Arab Saudi.

10.2)    Jemaah DIWAJIBKAN membuat ujian RTK-Ag kendiri DUA (2) HARI SEKALI dan APABILA BERGEJALA, mendapatkan rawatan dan kuarantin kendiri sehingga tiada gejala.

10.3)    Keputusan RTK-Ag kendiri HENDAKLAH DILAPORKAN ke dalam My Sejahtera.

10.4)    TIDAK melakukan aktiviti luar sekiranya bergejala.

10.5)    Jika jemaah didapati POSITIF COVID-19 melalui ujian RTK-Ag atau RT-PCR, hendaklah melakukan pengasingan kendiri dan memaklumkan segera kepada Mutawwif yang bertugas SERTA KLAUSA 6.2.2 (2) DAN KLAUSA 11 adalah terpakai.

10.6)    Perlu mematuhi SOP: pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan elakkan 3S (sesak, sempit dan sembang rapat) serta mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. 

 

11)       HALANGAN MELAKUKAN UMRAH AKIBAT JANGKITAN COVID-19 DI MEKAH/MADINAH DAN PELANJUTAN MASA

Sekiranya jemaah dikesan positif Covid-19 melalui ujian RT- PCR atau RTK-Ag, semasa berada di Arab Saudi dan/atau DISAHKAN KONTAK RAPAT dengan pesakit Covid-19, MAKA:

11.1)    Maklumat jemaah akan dilaporkan kepada KKM, Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan Konsulat Malaysia di Jeddah.

11.2)    Jemaah positif Covid-19 kategori 1 dan 2 akan menjalani pengasingan di hotel mengikut tempoh pengasingan yang ditetapkan oleh KKM.

11.3)    Jemaah positif Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 akan dirujuk ke hospital di Arab Saudi.

11.4)    MATTSB hanya akan membantu sewajarnya dan secara munasabah dari sudut kebajikan, kesihatan, ubat-ubatan dan makanan jemaah di Klausa 11.2 di atas dan KOS akan ditanggung sepenuhnya oleh jemaah (mana-mana yang terpakai berdasarkan prosedur semasa).

11.5)    Dalam mana-mana keadaan di atas, Klausa 6.2.2 di atas adalah terpakai.

11.6)    Perlanjutan tempoh masa pakej umrah dan penyempurnaan ibadah umrah jemaah adalah tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi, kekosongan bilik hotel dan kebenaran menunda tarikh penerbangan balik ke Malaysia oleh syarikat penerbangan.

11.7)    MATTSB hanya bertanggungjawab membantu secara munasabah mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam mendapatkan slot jadual ibadah umrah, memohon perlanjutan masa pakej umrah jemaah, menguruskan penempatan bilik hotel dan mendapatkan tarikh penundaan penerbangan.

11.8)    MATTSB tidak bertanggungjawab untuk memastikan dan menjamin sepenuhnya segala permohonan di Klausa 11.6 di atas berjaya sepenuhnya.

                                                                                                                       

12)       MATTSB SEBAGAI EJEN

12.1)    MATTSB hanya bertindak sebagai operator dan ejen kepada syarikat penerbangan dan muassasah di Arab Saudi di dalam menyediakan pakej umrah kepada jemaah.

12.2)    MATTSB tidak bertanggungjawab atas segala risiko atau jangkitan penyakit termasuk Covid-19 yang berlaku dan dialami oleh jemaah akibat dari penggunaan perkhidmatan penerbangan dan apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hotel dan muassasah di Arab Saudi selama mengerjakan ibadah umrah tersebut termasuk program lawatan ke tempat ziarah dan berada di tempat –tempat awam. 

12.3)    Dalam memberikan perkhidmatan kepada setiap jemaah, MATTSB, syarikat penerbangan, pihak hotel dan muassasah sentiasa komited memastikan pematuhan kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia, kerajaan Arab Saudi dan pihak berkuasa berkaitan.

 

13)       TANGGUNGJAWAB JEMAAH

Setiap jemaah hendaklah bertanggungjawab ke atas diri masing-masing untuk mematuhi segala peraturan dan prosedur semasa di Malaysia dan Arab Saudi, serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko berlaku kontak rapat dan/atau terkena  jangkitan Covid-19 yang akan menyebabkan jemaah dihalang untuk menaiki penerbangan ke Arab Saudi atau terhalang dari melakukan ibadah umrah dan/atau  ditahan atau dikuarantin atau dirawat di Arab Saudi.

 

14)       PROSEDUR KETIBAAN JEMAAH, UJIAN PENGESANAN COVID-19  DAN PROSEDUR KUARANTIN DI MALAYSIA

14.1)    Sebelum berlepas ke Malaysia, Jemaah dikehendaki melengkapkan deklarasi perjalanan termasuk maklumat vaksinasi yang boleh diakses melalui ikon Traveller dalam MySejahtera serta memuatnaik keputusan ujian RT-PCR yang telah dilakukan 2 hari sebelum berlepas.

14.2)    Bagi jemaah dengan sejarah jangkitan Covid-19, (tempoh 6 hari hingga 60 hari) sebelum ketibaan di Malaysia, MAKA:

14.2.1)   Jemaah perlu melaporkan dan memuatnaik keputusan RTK Antigen Profesional yang telah dilakukan 2 hari sebelum berlepas ke dalam MySejahtera.

14.2.2)   Bagi jemaah yang tidak dimasukkan ke hospital dan menjalani pengasingan di tempat kediaman termasuk hotel, jemaah perlu menjalani ujian saringan RTK-Ag profesional. Hanya jemaah dengan keputusan negatif sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan balik ke Malaysia.

14.2.3)   bagi jemaah yang didapati ujian saringan adalah positif, Klausa 6.2 adalah terpakai.

14.3)    Jemaah berumur 13 tahun dan ke atas DIWAJIBKAN menjalani sekali lagi ujian pengesanan Covid -19 RTK-Ag professional dalam masa 24 jam selepas ketibaan di Malaysia. Kanak-kanak berumur 12 tahun (mengikut tahun kelahiran) dan ke bawah dikecualikan daripada ujian semasa ketibaan. Ujian RTK-Ag professional ini boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan pilihan Jemaah dan ditanggung oleh Jemaah.

14.4)    Sekiranya didapati positif sewaktu ujian RTK-Ag professional pada hari ketibaan, berdasarkan SOP terkini yang akan berkuatkuasa pada tarikh 1 Mei 2022 oleh kerajaan Malaysia, tempoh kuarantin bagi Jemaah yang tidak lengkap vaksin/tidak divaksin adalah lima (5) HARI sama ada secara kuarantin kendiri di rumah masing-masing atau di stesen kuarantin swasta (sekiranya diarahkan atau atas pilihan jemaah) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia. SOP ini adalah TERTAKLUK kepada arahan dan SOP terkini oleh kerajaan Malaysia dari masa ke semasa.

14.5)    Jemaah DIWAJIBKAN menjalani RT-PCR pada hari ke -4 ATAU RTK – Ag professional pada hari ke-5.

14.6)    Jemaah yang dikesan bergejala semasa berada di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Negara akan diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan RTK antigen (Ag) professional.

14.7)    Prosedur dan kewajipan untuk menjalani kuarantin terhadap jemaah yang tiba di Malaysia adalah tertakluk kepada ketetapan, garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dari masa ke semasa TERMASUK DAN TIDAK TERHAD kepada tempoh kuarantin dan tempat di mana jemaah perlu menjalani tempoh kuarantin.

14.8)    Kos menjalani tempoh kuarantin di stesen kuarantin swasta tersebut adalah akan ditanggung sepenuhnya oleh jemaah.

14.9)    Remaja dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dikecualikan daripada kuarantin tanpa mengira status vaksinasi.

14.10)  Pengembara dengan vaksin lengkap tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya keputusan ujian RTK Antigen profesional adalah negatif.

DIKEMASKINI: 9 MEI 2022