PERJANJIAN WAKIL PEMASARAN

PERJANJIAN WAKIL PEMASARAN
Dengan segala hormatnya, perkara diatas
adalah dirujuk. Kami di Mursyid AlHaramain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB) dengan sukacitanya melampirkan Perjanjian Wakil Pemasaran rasmi MATTSB untuk rujukan dan semakan pihak tuan/puan. Terma dan syarat adalah seperti berikut:
2. TEMPOH & SYARAT LANTIKAN
a) Tempoh sah lantikan adalah untuk satu (1) tahun sahaja seperti disyaratkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
b) Setiap lantikan akan berakhir pada 30 Jun dan perlu diperbaharui secara tahunan.
c) Lantikan semula adalah berdasarkan kepada permohonan pihak tuan, semakan penilaian prestasi oleh syarikat dan kelulusan oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
d) Hanya mendaftar sebagai wakil pemasaran MATTSB dan tidak dibenarkan mempromosi pakej pelancongan syarikat lain.
3. BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB WAKIL PEMASARAN.
a) Menjaga nama baik dan meluaskan pemasaran MATTSB.
b) Memastikan pelanggan mendapat maklumat yang tepat mengenai pakej yang ditawarkan.
c) Memastikan pelanggan memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat semasa yang ditetapkan MATTSB sewaktu pendaftaran.
d) Memastikan setiap pendaftaran disertakan dengan deposit pembayaran dan dokumen yang diperlukan oleh MATTSB.
e) Memastikan pembayaran penuh dan dokumen yang diperlukan diterima oleh MATTSB selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
f) MATTSB tidak akan bertanggungjawab bagi tempahan yang dibatalkan kerana kegagalan untuk menyerahkan deposit, dokumen dan pembayaran penuh mengikut tempoh yang ditetapkan.
g) Memastikan jemaah umrah mengikuti kursus umrah secara atas talian atau simulasi umrah secara fizikal mengikut jadual yang diaturkan oleh MATTSB. Mana – mana wakil pemasaran yang ingin membuat Kursus Umrah diluar jadual yang telah ditetapkan perlu menanggung semua kos kursus tersebut.
h) Melakukan aktiviti susulan dan memastikan pelanggan mendapat maklumat yang terbaru dan tepat bagi urusan kursus umrah, pengambilan bagasi, surat jangkaan, surat pengesahan dan resit pembayaran serta lain-lain perkara yang perlu.
i) Menyelia dan merekod kewangan dengan tepat dan slip pembayaran hendaklah diserahkan terus dari pelanggan kepada MATTSB. Anda TIDAK DIBENARKAN mengambil sebarang bayaran daripada jemaah atau mana-mana pihak bagi tujuan yang berkaitan dengan pakej umrah atau ziarah seperti diarahkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Segala pembayaran hendaklah menerusi akaun MATTSB sahaja iaitu:
Pemegang akaun : MURSYID ALHARAMAIN TRAVEL & TOURS SDN BHD
Nama akaun : Maybank (Islamic)
No akaun : 5629-0010-2766
j) Pematuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
k) Memastikan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan kepada mana-mana pekerja di MATTSB, dimana penyertaan tersebut boleh menimbulkan konflik kepentingan (‘conflict of interest’). Pihak syarikat berhak untuk membatalkan lantikan dan komisyen berkaitan tidak akan dikembalikan.
4. PENARIKAN DIRI PEMBATALAN ATAU PENAMATAN LANTIKAN
a) Penarikan diri oleh pihak tuan/puan atau pembatalan atau penamatan lantikan oleh MATTSB hendaklah dibuat secara bertulis secara pos atau email beserta lampiran surat rasmi pembatalan atau penamatan kepada mana-mana pihak yang terlibat sewaktu tempoh lantikan.
b) MATTSB juga berhak menggantung atau menamatkan lantikan sekiranya pembaharuan lantikan tidak dibuat sebelum 30 Jun setiap tahun.
c) Penarikan diri pada mana-mana masa selepas perlantikan dibuat atas apa jua sebab adalah tertakluk kepada bayaran balik segala kos yang dibelanjakan oleh MATTSB setakat masa dan tarikh penarikan diri dibuat. Pembayaran balik segala kos berkaitan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penarikan diri. MATTSB berhak menuntut gantirugi di atas kegagalan berbuat demikian.
d) MATTSB pada semua masa dari tarikh lantikan berhak untuk membatalkan dan/atau menamatkan perkhidmatan sekiranya di dapati berlaku perlanggaran akan mana-mana terma dalam Surat Lantikan ini atau apa – apa peruntukan undang-undang Malaysia yang akan dan boleh menyebabkan kesulitan dan/atau kerugian pihak MATTSB.
e) Wakil Pemasaran hendaklah membayar balik segala kos yang telah ditanggung oleh Syarikat akibat dari pembatalan dan/atau penamatan di para (c) tersebut. Pembayaran balik segala kos berkaitan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembatalan/penamatan dibuat. Syarikat berhak menuntut gantirugi di atas kegagalan pihak anda berbuat demikian.
5. HARGA PAKEJ, GANJARAN DAN FAEDAH OPS’YENAL
a) Harga pakej umrah dan pelancongan yang ditawarkan adalah
tetap dan tidak dibenarkan dijual dengan harga tambahan.
b) Elaun
pemasaran adalah berbeza mengikut pakej. Nilai tersebut boleh dilihat melalui
log masuk pautan afiliasi yang disediakan iaitu di ruangan ‘LINK AFFILIATE’.
c) Senarai
pelanggan yang berdaftar dan telah disahkan oleh MATTSB boleh dilihat di ruangan
‘JUALAN’. Pemantauan boleh dilakukan bagi mengelakkan keciciran pendaftaran.
d) Faedah Opsyenal dalam bentuk tempat percuma hanyalah diberikan kepada pakej umrah dan tertakluk kepada:
I. Jumlah peserta di dalam satu kumpulan dan menggunakan bas yang sama hendaklah mempunyai minimum 40 pax (tidak termasuk mutawwif dan wakil pemasaran).
II. Wakil pemasaran hendaklah mendaftarkan sekurang-kurangnya 20 peserta di dalam kumpulan yang sama.
III. Bagi pendaftaran minimum 20 orang dalam satu kumpulan, tempat ke-21 disediakan untuk mutawif.
IV. Tempat percuma bagi wakil pemasaran hanya diberikan sekiranya jumlah kumpulan telah mencapai 40 orang pelanggan (tidak termasuk mutawwif dan wakil pemasaran).
V. Sekiranya kumpulan tersebut tidak mencapai jumlah minimum yang ditetapkan, wakil pemasaran hanya boleh menerima elaun bagi setiap pelanggan yang didaftarkan.
VI. Permohonan tempat percuma perlu dikemukakan kepada syarikat secara bertulis dan kelulusan akan diberikan mengikut budi-bicara syarikat.
VII. Nilai tempat percuma tersebut tidak boleh ditukar ganti dalam bentuk tunai. Sekiranya tempat percuma tidak dituntut, wakil pemasaran hanya akan menerima elaun bagi setiap pelanggan yang didaftarkan sahaja.
VIII. Faedah Opsyenal ini akan terbatal mengikut perubahan semasa sekiranya berlaku pembatalan pendaftaran atau apa-apa perubahan melibatkan kos dan peraturan yang dilihat tidak sesuai untuk diberikan. Sekiranya berlaku penarikan faedah opsyenal, wakil pemasaran hanya akan menerima elaun bagi setiap pelanggan yang didaftarkan sahaja.
6. TATACARA PROMOSI
a)Wakil Pemasaran tidak dibenarkan mempamerkan diri atau membuat segala hebahan didalam media sosial atau laman sesawang sebagai MATTSB.
b)Wakil Pemasaran perlu sepanjang masa mempamerkan nama dan gambar sendiri sebagai wakil di mana – mana medium promosi (seperti bahan cetakan, media sosial dan laman sesawang).
c)Segala bahan cetakan bagi tujuan promosi perlu mendapat kebenaran/kelulusan daripada pihak Syarikat.
d)Hendaklah melakukan promosi secara beretika dan tidak sesekali melakukan aktiviti penipuan atau perkara-perkara yang boleh menimbulkan nama buruk kepada MATTSB.
e)Tidak menggunakan bahan promosi yang boleh merosakkan nama MATTSB.
f)Tidak menggunakan nama-nama organisasi, trademark, copyright, golongan professional dan apa jua bentuk nama yang dilindungi dalam aktiviti promosi.
7. PENDAFTARAN PELANGGAN:
a)Setiap wakil pemasaran berdaftar akan menerima Nama Pengguna (‘username’) bagi log masuk ke dalam sistem tempahan atas talian.
b)Anda perlu memastikan bahawa setiap pelanggan anda di daftarkan menggunakan pautan afiliasi anda.
c)MATTSB tidak bertanggungjawab untuk membayar komisyen atau menukar nama pelanggan yang berdaftar secara terus dengan MATTSB atau melalui ejen lain kepada nama anda, sekiranya anda gagal mendaftarkan pelanggan tersebut melalui pautan afiliasi anda.
d)Anda perlu memastikan pelanggan telah membaca maklumat produk, memahami dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat.
e)Anda sama sekali dilarang untuk mendaftarkan mana-mana pelanggan secara terus tanpa menerangkan maklumat produk dan terma dan syarat berkaitan yang perlu dipatuhi.
f)Setiap tempahan hanya sah apabila MATTSB menerima bayaran deposit atau pembayaran penuh (mengikut keadaan) dan dokumen yang diperlukan bagi urusan pendaftaran. MATTSB tidak bertanggungjawab bagi penolakan tempahan, perbezaan kumpulan pelancongan atau apa-apa perkara yang mungkin berlaku kerana kegagalan membuat pembayaran atau menyerahkan dokumen dalam tempoh yang ditetapkan.
8. TATACARA TUNTUTAN KOMISEN
a)Wakil Pemasaran perlu mengisi Borang Tuntutan Komisyen seperti syarat-syarat di bawah:
I.Pendaftaran jemaah/pelanggan hendaklah menggunakan pautan afiliasi khas yang diberikan kepada setiap Wakil Pemasaran.
II.Pembayaran komisyen hanya dilakukan setelah pelanggan pulang ke Malaysia.
III.Mengisi borang tuntutan komisyen beserta senarai nama Jemaah/pelanggan, pakej dan tarikh pakej yang diikuti.
b)Proses pembayaran akan mengambil masa selewat-lewatnya 45 hari bekerja dari hari penghantaran borang tuntutan komisyen.
c)Komisyen tidak akan diberikan kepada sekiranya terdapat :
I.Jemaah yang membatalkan pakej.
II.Jemaah yang menunda pakej
III.Jemaah yang mempunyai baki tertunggak
IV.Bayi (berumur dibawah 2 tahun)
9. TATACARA PERMOHONAN BAYARAN BALIK (REFUND)
a)Borang ini adalah untuk pelanggan yang telah membuat pembayaran lebih daripada jumlah yang sepatutnya.
b)Borang ini perlu diisi dengan lengkap bertandatangan dan disertakan dengan resit pembayaran untuk membuktikan pembayaran telah dibuat sebelum wang dikembalikan semula. Borang ini boleh dihantar melalui whatsapp atau Kaunter Jualan.
c)Proses pembayaran mengambil masa sehingga 45 hari bekerja dari tarikh penghantaran borang permohonan bayaran balik.
10. TATACARA
PERMOHONAN PEMBATALAN
PERJALANAN, PENUKARAN DAN PENANGGUHAN
10.1: Tatacara Permohonan Pembatalan Perjalanan
a) Borang ini digunakan bagi pelanggan yang ingin membuat pembatalan perjalanan
b)Terma dan Syarat Pembatalan Perjalanan seperti berikut:
I.Caj Penalti bagi pembatalan akan dikenakan sebanyak RM800 bagi setiap pelanggan pakej berkumpulan (Caj Penalti adalah WAJIB).
II.Caj pembatalan (pakej berkumpulan) adalah berbeza mengikut tarikh penerimaan pembatalan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Syarikat:
Tempoh |
Caj Pembatalan |
22 – 44 hari
bekerja sebelum tarikh berlepas |
Perlucutan
deposit pelancongan |
15 – 21 hari
bekerja sebelum tarikh berlepas |
35% daripada
tambang pelancongan |
08 – 14 hari
bekerja sebelum tarikh berlepas |
50% daripada
tambang pelancongan |
03 – 07 hari
bekerja sebelum tarikh berlepas |
75% daripada
tambang pelancongan |
02 hari bekerja
sebelum tarikh berlepas |
100% daripada
tambang pelancongan |
III.Caj Penalti bagi pembatalan akan dikenakan sebanyak RM200 bagi setiap pelanggan pakej FIT. (Caj Penalti adalah WAJIB dikenakan)
IV.Caj pembatalan (pakej FIT) adalah berbeza mengikut tarikh penerimaan pembatalan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh MATTSB:
Tempoh |
Caj Pembatalan |
15 - 29 hari
bekerja sebelum tarikh berlepas |
50% daripada
deposit pelancongan |
08 - 14 hari
bekerja sebelum tarikh berlepas |
20% daripada tambang
pelancongan |
03 - 07 hari
bekerja sebelum tarikh berlepas |
40% daripada
tambang pelancongan |
02 hari bekerja
sebelum tarikh berlepas |
100% daripada
tambang pelancongan |
V.Hari bekerja adalah Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.
VI.Pengembalian wang setelah ditolak Caj Pembatalan adalah juga tertakluk kepada:-
1.1 Pelucutan bayaran visa penuh, sekiranya urusan visa telah dibuat sewaktu pembatalan.
1.2 Pelucutan bayaran penuh tambang pelancongan sekiranya tiket penerbangan telah dicetak sewaktu pembatalan.
1.3 Pelucutan bayaran RM200 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan asal.
VII.Caj tambahan sebanyak RM800 akan ditolak bagi setiap pembatalan terhadap tempahan Pakej Berkumpulan. Tiada pemulangan deposit RM200 bagi FIT.
VIII.Wakil Pemasaran perlu memastikan penerimaan pembatalan dimaklumkan kepada pihak MATTSB melalui borang khas bagi mengelakkan salah faham.
10.2: Tatacara
Permohonan Penukaran Nama
a)
Pelanggan
perlu menghantar Borang Pembatalan Perjalanan, Penukaran Nama dan Penangguhan kepada info@mursyidalharamain.com
b)
Permohonan
Pertukaran Nama perlu dihantar sebelum 61 hari sebelum tarikh berlepas dan
pengganti mesti mematuhi peraturan dan kelayakan yang ditetapkan Kerajaan Arab
Saudi.
c) Pertukaran Nama dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh berlepas s tidak dibenarkan
10.3: Tatacara Permohonan Penangguhan Pakej
a)
Pelanggan
perlu menghantar Borang Pembatalan Perjalanan, Penukaran Nama dan Penangguhan kepada info@mursyidalharamain.com
b)
Penangguhan
hanya di dibenarkan 1(satu) kali sahaja
c) Bagi pakej Umrah, penangguhan dibenarkan dalam tahun Hijrah yang sama manakala bagi pakej pelancongan penangguhan tidak dibenarkan melebihi 8 (lapan) bulan dari tarikh pendaftaran.
d)
Caj
penangguhan adalah seperti berikut
Tempoh |
Caj Penangguhan |
91 hari sebelum
tarikh berlepas |
RM50 seorang |
61 – 90 hari
sebelum tarikh berlepas |
RM200 seorang |
Dalam tempoh 60
hari sebelum tarikh berlepas |
Penangguhan tidak
dibenarkan |
e)
Setelah pelanggan mengisi borang dengan lengkap,
wakil pemasaran menghantar borang tersebut kepada info@mursyidalharamain.com untuk
diproses.
f) Pihak Syarikat akan memaklumkan kepada
Wakil Pemasaran jika permohonan diluluskan.
11. Kami mengalu-alukan kedatangan tuan dan berharap tuan dapat menyumbang secara positif di dalam kerjasama pemasaran ini. Jika terdapat segala persoalan di dalam hal ini, mohon untuk menghubungi pegawai kami di talian 016-9621476 atau e-mail : agent@mursyidalharamain.com
Jazakumullah Khayran
Kathira.